Laoshi pesan Rohana jaga solat, nilai murni 

Laoshi pesan Rohana jaga solat, nilai murni 

ROHANA Abdullah (kanan) bersama Chee Hoi Lan menunjukkan kad pelajar yang diterimanya selepas mendaftar di Kampus InduK UTeM, Durian Tunggal, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: “Jaga solat dan jangan lupa nilai murni dalam diri.”

Itu antara pesanan dititipkan Chee Hoi Lan, 84, atau dipanggil ‘laoshi’ oleh anak angkatnya, Rohana Abdullah, 22, sebaik sahaja gadis Melayu itu bergelar mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Kata Hoi Lan, dia berasa sangat gembira apabila anak angkatnya yang dijaga sejak berusia dua bulan itu berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading.

“Saya gembira dia menyambung pelajaran di UTeM. Berat hati hendak berpisah, tetapi demi masa depan dia saya relakan juga.

“Sebagai manusia nilai murni atau moral jangan lupa. Solat semua jaga. Telefon mesti sentiasa on (hidup), boleh tanya pergi mana dan bila balik.

“Selepas habis sekolah (kuliah), dengar cakap cikgu (pensyarah) baik-baik. Habis sekolah boleh beli rumah besar yang cantik-cantik,” katanya ketika ditemui pemberita pada sesi pendaftaran pelajar baharu UTeM di Kampus Durian Tunggal, Alor Gajah, di sini hari ini.

Yang hadir sama Naib Canselor UTeM, Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin.

Sebelum ini, kisah Rohana yang dijaga ibu angkat berlainan agama sejak berusia dua bulan tular dan mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sementara itu, Rohana memberitahu, dia teruja untuk menghadiri kuliah pertamanya, namun pada masa sama bimbang keadaan ibu angkatnya yang tinggal bersendirian di rumah.

Kata pelajar Diploma Sains Komputer itu, paling lama dia berpisah dengan Hoi Lan kira-kira dua minggu sahaja bagi menyertai aktiviti persekolahan.

“Hati ini bertambah berat apabila perlu meninggalkan laoshi untuk tempoh yang lama dan berjauhan dari Kuala Lumpur. Laoshi sudah tua dan tiada siapa yang jaga dia.

“Meskipun sukar, apabila fikir balik masa depan saya harus korbankan satu perkara untuk dapat apa yang ingin dicapai. Mana tahu rezeki apabila berjaya kelak, saya akan balas jasa laoshi yang telah membesarkan saya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya