Lagu ‘galau’ popularkan Keisya Levronka - Utusan Malaysia

Lagu ‘galau’ popularkan Keisya Levronka

KEISYA Levronka
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

Penyanyi semakin menyinar, Keisya Levronka, 19, seperti remaja lain, tetap mengimpikan untuk memiliki pendidikan yang baik, meskipun sedang sibuk membina nama sebagai bintang di Indonesia.

Tegas penyanyi lagu Tak Ingin Usai ini, dia tetap menganggap pendidikan sebagai perkara penting dan diperlukan untuk kehidupan mendatang.

“Saya mahukan masa depan yang terjamin dengan melakukan perkara lain dan tidak bergantung kepada bidang muzik semata-mata.

“Sudah tentu saya menyimpan impian untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Namun, hasrat itu perlu saya tangguhkan dahulu gara-gara kesibukan nyanyian,” katanya ketika ditemui di pejabat Universal Muzik Malaysia, baru-baru ini.

Keisya memulakan kerjaya nyanyian selepas mengikut program pencarian bakat, Indoensian Idol ke-10.

Keisya sehingga ini telah melahirkan empat single termasuk Jadi Kekasihku Saja, Tergesa, Lagu Untuk Hari ini dan Tak Ingin Usai.

Keisya menganggap keputusan menyertai Indonesian Idol, yang dibuat sebelum pandemik adalah pilihan tepat untuk kerjayanya.

“Saya sejak kecil ingin menjadi penyanyi, cuma tidak tahu untuk bermula dari mana.

“Keputusan menyertai Indonesian Idol dibuat atas dorongan ibu. Ingin saya nyatakan, saya tidak lahir dalam keluarga seni.

“Saya yakin keputusan yang dibuat adalah betul. Saya bersyukur dengan peluang diberikan itu,” jelasnya.

Nama anak kelahiran Malang, Indonesia ini semakin mengharum apabila lagu Tak Ingin Usai menjadi trending di media sosial.

Di laman YouTube sahaja, klip video lagu tersebut ditonton sebanyak 98 juta kali, menjadikannya antara lagu Indonesia terhangat tahun ini.

Menjawab tentang itu, Keisya menitipkan rasa syukur terhadap sokongan yang diterimanya, baik di Indonesia mahupun di Malaysia.

“Semua ini berlaku di luar jangkaan. Sejujurnya, saya tidak pernah menyangka lagu ini akan menaikkan nama saya.

“Terima kasih atas sokongan yang kalian berikan kepada lagu ini,” ujarnya.

Cari identiti muzik

Keisya mengakui, dia masih setahun jagung dalam industri dan masih tercari-cari haluan muziknya.

Namun katanya, dia tidak tergesa-gesa dan menjalani proses tersebut dengan sabar.

“Saya akui masih tercari-cari identiti muzik. Empat single saya yang terdahulu semuanya dihasilkan dengan genre yang berbeza-beza.

“Sekarang, saya masih proses menilai muzik yang tepat pada jiwa. Mungkin selepas ini saya tampil dengan lagu ‘galau’ (jiwang) lagi. Saya tidak kisah kalau ada yang mengkategorikan saya sebagai penyanyi ‘galau’,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya