Kota Lukut dahulu gah, kini terbiar

Kota Lukut dahulu gah, kini terbiar

KAWASAN tapak istana Raja Wok iaitu puteri kepada Raja Jumaat yang terletak di kawasan Kota Lukut yang ditutupi dengan semak samun.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Menyedihkan. Itulah perasaan pertama yang hadir apabila melihatkan kea­daan salah satu produk pelancongan di daerah ini iaitu Kota Lukut.

Terletak di Lukut iaitu lapan kilometer dari bandar Port Dickson, kota yang dibina oleh Raja Jumaat Raja Jaafar pada tahun 1847 yang gah dahulunya, kini terbiar dan dipenuhi semak dan lalang.

Lebih menyedihkan, kota yang didaftarkan sebagai Wa­risan di bawah Akta Warisan Kebangsaan (Akta 645) oleh Jabatan Warisan Negara pada 2006 kini menjadi sarang kaki botol malah difahamkan turut menjadi lokasi perlakuan sumbang pasangan kekasih.

Tinjauan Utusan Malaysia ke Kota Lukut yang seluas 4.2 hektar baru-baru ini mendapati keadaan sekitarnya terabai dengan rumput-rumput kering dan dahan pokok mati dibiarkan tanpa dibersihkan.

Lebih menyakitkan mata, tinggalan sejarahnya seperti runtuhan tapak istana Raja Wok, tinggalan tembok susunan batu, kolah air dan perigi raja juga tidak terjaga dan ditutupi dengan rumput dan lalang yang tumbuh meliar.

Menyakitkan lagi mata, terdapat botol-botol minuman keras di kawasan tersebut, sekali gus menimbulkan per­soalan peranan pihak berwajib dalam memelihara tinggalan sejarah yang dibina oleh raja Melayu ini.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pewartaan Bahagian Daftar Warisan, Jabatan Warisan Negara, Zaharuddin Abu berkata, apabila sesuatu tapak itu telah diwartakan sebagai warisan, tugas untuk menjaga kawasan itu masih lagi di bawah tanggungjawab pemilik asal.

“Apabila sesuatu tapak itu diwartakan, tanggungjawab untuk menjaga tapak itu supaya berada dalam keadaan baik adalah di bawah tanggungjawab pemilik asal dan bukannya Jabatan Warisan Negara. Kami hanya mewartakan sahaja, yang menjaganya adalah pemilik tersebut,” katanya.-

Potensi arkeopelancongan di Kota Lukut

Walaupun Kota Lukut berdepan isu penyelenggaraan kawasan sekitarnya termasuk kekurangan kehadiran pengunjung, ia tetap mempu­nyai potensi dan kekuatan menjadi sebuah produk pelanco­ngan arkeologi.

Kurator Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Aziz Mohd. Gorip berkata, antara kekuatan utama Kota Lukut adalah lokasi­nya yang mudah dikunjungi selain ia mempunyai produk-produk pelanco­ngan sedia ada yang terdapat di sekitarnya yang boleh menyokong potensi Kota Lukut.
“Berbanding tapak-tapak wa­risan serupa yang ada di negara ini, Kota Lukut mudah dicapai, hubungan jalan raya yang sa­ngat baik dan ia berdekatan de­ngan penempatan dan kawasan produk pelancongan.

“Di kawasan Kota Lukut telah sedia ada muzium yang boleh dilawati oleh pengunjung untuk mendapatkan maklumat lanjut selepas mereka melawat Kota Lukut.

Terdapat pantai-pantai peranginan yang berada di sekitar dan Kota Lukut ini boleh dijadikan salah satu destinasi yang mesti diletakkan dalam setiap pakej pelancongan di Port Dickson.

“Kota Lukut ini hanya sebagai produk ikonik dan ia tidak boleh berdiri sendiri dan ia perlu dibantu oleh produk-produk lain,” katanya sewaktu membentangkan tajuk Potensi Arkeopelancongan di Kota dan Muzium Lukut dalam Seminar Muzium Lukut yang diadakan di Seremban baru-baru ini.

 

 

 

 

 

 

 

UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya