KUNJUNGAN ke bandar raya bersejarah Melaka pasti tidak sempurna jika tidak bertandang ke lokasi-lokasi unik seperti Kota A’ Famosa di Banda Hilir.
Kesempatan hujung minggu digunakan sebaik-baiknya oleh pengunjung membawa ahli keluarga bersiar-siar di lokasi tumpuan pengunjung itu.
Keindahan seni bina Kota A’ Famosa atau turut dikenali sebagai Porta de Santiago amat sesuai dijadikan ‘tempat wajib’ untuk bergambar kenangan bersama keluarga.
Cuaca yang baik semalam selepas beberapa hari Melaka dilanda hujan lebat turut mengembalikan kerancakan sektor pelancongan di kawasan berkenaan. – UTUSAN