Kes positif Covid-19 lebih 4,000, Lembah Klang catat 2,826 kes

Kes positif Covid-19 kekal melebihi 4,000, Lembah Klang catat 2,826 kes

LAPAN daripada 16 kes adalah kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,826 kes.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 4,831 kes berbanding kelmarin, 4,896 kes sekali gus mengatasi 3,362 kes sembuh.

Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,673 kes diikuti Kuala Lumpur (1,012), Sabah (360), Perak (356), Negeri Sembilan (316), Pinang Pinang (210), Melaka (155), Johor (144), Putrajaya (141), Kedah (124) dan Sarawak (115).

Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Pahang (79), Kelantan (75), Terengganu (46), Labuan (19) dan Perlis, enam kes. 

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 543 orang; kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) pula merekodkan 60 kes selain jumlah pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan mencatatkan 40 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 26 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,051 kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan 10 kes berbanding jumlah kelmarin, 12 kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,066 kes selain dua kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,667 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya