Kes 9 polis memeras ugut masih disiasat - Utusan Malaysia

Kes 9 polis memeras ugut masih disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat penglibatan sembilan anggota polis yang didakwa terlibat kes pemerasan seorang ahli perniagaan dipercayai berkaitan dadah di Gombak di sini baru-baru ini.

Memberitahu kepada Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, pihaknya sedang mengambil keterangan individu-individu berkaitan termasuk ahli perniagaan yang membuat laporan tersebut.

Menurut beliau, kesemua anggota polis berpangkat konstabel hingga sub inspektor berusia 26 hingga 57 tahun ditahan kira-kira pukul 11 pagi di Ibu pejabat Polis Daerah Gombak.

“Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis. Buat masa ini siasatan sedang dilakukan termasuk peranan anggota yang didakwa melakukan pemerasan berhubung kes pemilikan dadah.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan (kesalahan peras ugut),” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Terdahulu, Sasikala Devi dilaporkan berkata, sembilan anggota ditahan Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes pemerasan berkaitan pemilikan dadah.

Penahanan itu susulan laporan yang diterima daripada ahli perniagaan berusia 32 tahun pada 26 Julai lalu.

Jelas beliau, semakan awal mendapati pengadu memiliki rekod lampau berhubung kes dadah.

“Kita juga akan melakukan siasatan tatatertib terhadap semua anggota dan tindakan susulan terhadap kesemua anggota berkenaan akan dilakukan Bukit Aman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya