Kerajaan tetap hantar pelajar ke luar negara

Kerajaan tetap hantar pelajar ke luar negara

MAHDZIR Khalid (kanan) beramah mesra dengan orang ramai yang hadir ke Program Bekwoh Rakyat Keluarga Malaysia di Pantai Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan hari ini. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kerajaan tetap meneruskan program menghantar pelajar menyambung pengajian ke luar negara menerusi tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) tanpa sebarang potongan meskipun berdepan dengan situasi ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, situasi itu tidak memberi ‘tekanan’ kerana kerajaan sudah menyediakan peruntukan khusus di bawah pendidikan.

“Kerajaan memasukkan perkara ini dalam belanjawan setiap tahun. Jadi kita tidak perlu risau berkait perkara ini kerana ia melibatkan soal pendidikan.

“Kerajaan meletakkan pendidikan sebagai keutamaan sebelum perkara-perkara lain,” katanya selepas merasmikan Program Bekwoh Rakyat Keluarga Malaysia di Pantai Geting, Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Mahdzir memberitahu, kerajaan memberikan penekanan tajaan pendidikan berkait dengan bidang-bidang terkini yang menjadi keperluan pada negara.

Katanya, semua pelajar yang menyambung pengajian ini melibatkan universiti terkemuka dunia.

“Setakat ini kita mempunyai senarai 50 buah universiti ternama dunia dan pelajar yang mahu menyambung pengajian perlu mendapat keputusan cemerlang,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya