Kerajaan Selangor didesak tambah tempat bakar mayat

SPV desak kerajaan negeri tunai janji tambah tempat bakar mayat di Simpang Lima

M. Paramasivan menunjukkan tempat bakar mayat yang rosak di Simpang Lima, Klang. -UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Selangor People Voice (SPV) mendesak Kerajaan Negeri Selangor untuk menyegerakan pembinaan dua krematorium baharu di kawasan perkuburan Hindu Simpang Lima di sini.

Pengerusi Selangor People Voice (SPV), M. Paramasivan, terdapat tiga tempat bakar mayat di kawasan tersebut dan hanya dua sahaja berfungsi pada saat ini.

“Sekarang hanya dua tempat bakar mayat yang berfungsi selepas satu lagi rosak. Kebanyakan yang dibakar di situ adalah golongan tidak berkemampuan jadi ramai yang memerlukan kemudahan ini.

“Orang berada boleh bakar mayat waris di tempat bakar mayat swasta yang tinggi kosnya. Tempat bakar mayat kelolaan MPK caj RM100 lebih sahaja,” katanya.

Terdahulu 19 Julai tahun lalu media melaporkan, Kerajaan Selangor akan segera menambah dua unit krematorium di lokasi tersebut bagi mempercepat urusan pembakaran mayat bukan Islam akibat Covid-19 di negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pada masa ini hanya satu unit krematorium sahaja berfungsi manakala dua unit lagi sudah rosak, di bawah kelolaan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Paramasivan berkata, pihak Kerajaan Negeri Selangor dan MPK sewajarnya mengambil inisiatif untuk memulihkan tempat bakar mayat tersebut di saat kes Covid-19 sudah mencapai empat angka di negeri ini.

Katanya lagi, sudah beberapa bulan tempat bakar mayat sedia ada rosak tetapi hingga saat ini tiada usaha untuk memulihkannya.

“Saya mendapat aduan ada mayat terpaksa menunggu beberapa hari sebelum mendapat giliran untuk dibakar. Ini disebabkan dalam sehari ada dua tiga mayat menunggu untuk proses pembakaran disebabkan kekurangan tempat membakar.

“Musim penyakit berjangkit seperti influenza dan Covid-19 mangsa tidak mengira agama telah terkorban. Jika prasarana untuk upacara pembakaran tidak cukup maka lebih lama mayat ‘menunggu’ giliran untuk disemadikan,” katanya.

Beliau menambah, masalah parkir juga timbul apabila ada lebih daripada satu mayat menunggu untuk dibakar disebabkan waris perlu menunggu giliran. Setiap mayat memerlukan masa dua hingga empat jam untuk disempurnakan pembakarannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya