Kerajaan NS bantu pelajar terjejas asrama terbakar

Kerajaan NS bantu pelajar terjejas asrama terbakar

AMINUDDIN Harun (dua dari kanan) melawat untuk melihat kesan kebakaran asrama SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail di Pedas, Rembau petang semalam.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan bantuan RM300 setiap seorang kepada 90 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail yang terjejas dalam kejadian kebakaran asrama lelaki, sekolah terbabit, kelmarin.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan itu diberi kepada pelajar terbabit selepas barangan harian mereka termasuk pakaian sekolah turut musnah dalam kebakaran berkenaan.

Selain bantuan itu, kerajaan negeri turut meluluskan bantuan sebanyak RM30,000 kepada pihak sekolah bagi kerja-kerja pembersihan bangunan yang terbakar.

“Ini sememangnya dugaan dan cabaran kepada pihak sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Walaupun yang terlibat pelajar tingkatan satu, namun kesannya juga akan dirasai oleh pelajar lain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke sekolah berkenaan petang semalam.

Dalam pada itu, Aminuddin berharap Kementerian Pendidikan dapat menyegerakan bantuan bagi membaik pulih bangunan asrama yang terjejas.

“Kami juga harap agar pihak kementerian juga akan dapat melaksanakan pemeriksaan serta pemantauan berkala bagi bangunan asrama dan sekolah yang sudah pun berusia lebih 10 tahun bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Semalam, media melaporkan kejadian kebakaran melibatkan asrama sekolah tersebut yang turut dikenali sebagai SMKA Pedas pada kira-kira pukul 1.18 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya