Ini lagi satu hal yang Cik Bunga rasa pelik sangat. Tak hanya warganet, dalam kalangan artis sendiri ada juga yang bercakap-cakap di belakang, mengutuk tindakan Daiyan Trisha mempamerkan hasil usahanya membeli sebuah lagi kediaman.
Ketika Daiyan memuat naik dan berkongsikan hal itu di media sosial, Cik Bunga antara orang yang tersenyum sambil tumpang bangga kerana dia adalah antara anak seni yang boleh dijadikan contoh.
Berjaya membina landasan kerjaya sendiri, mengukir nama dalam pelbagai bidang seni, Daiyan boleh jadi sumber inspirasi kepada lebih ramai anak muda yang ingin berjaya.
Namun, tak sangka pula ada yang tak puas hati. Menuduh kejayaan apa sangat yang dicipta Daiyan sebagai anak seni? Lakonan pun biasa-biasa sahaja, tak ada pencapaian.
Tak cuma itu, ada juga artis yang kutuk Daiyan dan jadikan dia sebagai contoh artis yang mendapat layanan kelas A, tak sama dengan layanan yang diterima oleh artis sendu. Hello? Ini cerita apa pula ini?
Bagi Cik Bunga, janganlah jadi manusia yang bitter sangat. Semua benda di mata nampak tak kena. Tak perlu nak buat perbezaan sebegitu rupa sebab di akhirnya, setiap orang tahu tahap apa usaha mereka. Banyak mana pula pengorbanan yang sudah dilakukan untuk dia mencapai kejayaan pada hari ini.
Kejayaan pun bukannya datang sekelip mata tanpa usaha. Ramai yang kutuk itu pun, bukan tak tahu tentang perkara ini. Masing-masing buat tak faham saja agaknya. Elok periksa balik diri sendiri, apa kekurangan atau kelemahan yang ada. Atau, periksa kesilapan diri sendiri?
Iyalah, kita tak akan pernah nampak kesilapan sendiri jika bukan orang lain yang beritahu. Entah-entah diri sendiri yang banyak silap, sampaikan tak boleh tengok orang lain lebih dan berjaya sikit.
Entah bilalah penyakit orang Melayu dalam bab dengki-mendengki ini akan beransur hilang.