Kemuka tuntutan palsu lebih RM41,000: 2 individu direman 4 hari

Kemuka tuntutan palsu lebih RM41,000: 2 individu direman 4 hari

DUA suspek direman selama empat hari di Mahkamah Majistret George Town, Pulau Pinang hari ini bagi membantu kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai lebih RM41,000.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Seorang pemilik syarikat penyediaan latihan dan eksekutif kanan sebuah syarikat di sini direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu berjumlah RM41,442.

Perintah tahanan reman terhadap suspek lelaki berusia 56 tahun dan suspek wanita berusia 29 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab selepas Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rashid Ambi membuat permohonan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Semalam, SPRM dilaporkan menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai lebih RM40,000.

Menurut sumber, kedua-dua suspek berkenaan ditahan di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang, dekat sini kira-kira pukul 4.30 petang ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, suspek wanita yang merupakan eksekutif kanan sebuah syarikat dan suspek lelaki yang merupakan pemilik syarikat penyediaan latihan dipercayai terlibat dalam kesalahan mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu berkaitan lima penganjuran latihan perisian komputer bernilai lebih RM40,000 pada 2021 sedangkan penganjuran latihan-latihan tersebut tidak dilaksanakan.

Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 manakala hanya suspek wanita diwakili peguam, K. Mahendran. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya