Kemerdekaan bermaksud kebebasan

Kemerdekaan bermaksud kebebasan

Mengibarkan Jalur Gemilang boleh dianggap mempunyai semangat patriotik yang kental sekali gus menunJukkan rasa cinta kepada negara-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemerdekaan membawa maksud bebas daripada sifat negatif, pilih kasih, rasuah dan pengaruh asing dalam kalangan komuniti, masyarakat dan negara.

Profesor Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Dr Md. Salleh Yaaparberkata, pemimpin mahupun rakyat harus bebas daripada unsur-unsur negatif terutamanya dengki dan khianat yang mampu membawa bencana kepada negara. 

“Lebih-lebih lagi, pemimpin negara harus bebas daripada isu-isu tersebut baru negara kita adalah dikira bebas dan kemerdekaan akan mempunyai ertinya.

“Baru-baru ini negara bergelut dengan banyak isu seperti kehilangan integriti bersama rasuah yang menjadi-jadi dalam kalangan pelbagai pihak, penghinaan agama Islam dan inflasi yang sukar ditangani. 

Kerajaaan mengumumkan bahawa sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini adalah bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama. 

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dipilih Teguh Bersama kerana selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia. 

Mengulas semula, Salleh berkata tanpa sifat patriotik yang mendalam terhadap negara sehingga tiada cara yang mampu membiarkan negara terbelenggu baru menunjukkan kita bebas. 

“Penggondolan bukit dan gunung tanpa mengambil kira peraturan yang ditetapkan sehingga kita terpaksa mengharungi banjir besar di Baling baru-baru ini, tidak menunjukkan kebebasan,” katanya semasa dihubungi Utusan Malaysia. 

“Pada masa yang sama, jangan lupakan kepentingan agama rasmi negara iaitu agama Islam, tahun ini sangat parah kerana isu agama Islam dimainkan dan dihina secara terbuka.

“Oleh itu, pegangan agama dengan lambang bulan sabit yang sepatutnya ditonjolkan dalam logo sambutan tahun ini,” katanya.

“Logo sambutan tahun ini yang berbentuk WIFI menunjukkan Revolusi Industri 4.0 iaitu cyber physical systems yang melibatkan Kecerdasan Buatan (AI) dan robotik. 

“Banyak lagi isu penting yang sepatutnya boleh ditonjolkan dalam logo tersebut dan bukan komunikasi biasa sahaja, kita tidak memberi perhatian kepada perkara yang lebih penting.

Disebabkan itu negara kita mempunyai Rukun Negara sebagai panduan untuk dipegang teguh oleh setiap individu yang mengaku dirinya rakyat Malaysia,” katanya. –UTUSAN

habis

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya