Kedai emas Hajjah Halijah edar 300 Jalur Gemilang

Kedai emas Hajjah Halijah edar 300 Jalur Gemilang

KAKITANGAN kedai emas Hajjah Halijah mengedarkan Jalur Gemilang kepada kenderaan yang melalui sekitar kawasan kedai emas tersebut di Kangar, Perlis, baru-baru ini. – UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Bagi menyemarakkan semangat cintakan negara sempena sambutan ulang tahun hari kebangsaan ke-65, kedai emas Hajjah Halijah mengambil inisiatif mengedarkan sebanyak 300 Jalur Gemilang yang diagihkan secara pandu lalu kepada kende­raan di hadapan premis tersebut di sini baru-baru ini.

Program yang bertujuan menaikkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat itu turut melibatkan komuniti setempat.

Penganjuran program yang bermula pukul 4 petang itu mendapat sambutan hebat apabila semua bendera tersebut selesai diagihkan hanya dalam tempoh 30 minit.

Ketua Pegawai Eksekutif kedai emas Hajjah Halijah, Mohd. Shaiful Hasri Shukri berkata, pihaknya menganjurkan program berkenaan pada bulan kemerdekaan ini.

“Selain itu, penganjuran program ini juga disekalikan sempena sambutan ulang tahun kelahiran saya, bersama ibu, Halijah Saad dan ayah, Shukri Othman yang merupakan pengasas perniagaan ini,” katanya.

Selain di Kangar, Mohd. Shaiful berkata, Jalur Gemilang itu turut diedarkan sekitar cawangan kedai emas yang lain.

Program tersebut akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang dan turut menjadi acara tahunan untuk diraikan bersama masyarakat.

“Pada tahun lalu, kami hanya mengedarkan sekitar 200 Jalur Gemilang namun tahun ini kami menambah jumlahnya susulan sambutan memberangsangkan sebelum ini,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya