Kastam Sabah tumpaskan penyeludupan minuman keras

Kastam Sabah tumpaskan penyeludupan minuman keras bernilai RM1.41 juta

CHEONG Yu Min (tengah) menujukkan rampasan minuman keras yang diseludup masuk ke Sabah di Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) cawangan Sabah berjaya merampas minuman keras bernilai RM1.41 juta termasuk cukai di Pelabuhan Sepanggar baru-baru ini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Sabah, Cheong Yu Min berkata, kesemua minuman keras pelbagai jenama itu ditemukan dalam empat kontena yang cuba diseludup masuk ke negeri ini antara 11 hingga 17 Ogos.

Beliau berkata, rampasan pada kontena pertama dilakukan pada 11 Ogos, kira-kira pukul 9.45 pagi setelah imej imbasan menemukan barangan yang meragukan di dalam kontena yang tiba di pelabuhan berkenaan.

Apabila diperiksa oleh penguat kuasa Kastam, kontena itu didapati berisi 18,236 liter minuman keras.

“Rampasan susulan dilakukan pada 16 Ogos kira-kira pukul 9.05 pagi di lokasi sama. Pemeriksaan yang dilakukan menemukan pelbagai jenis minuman keras yang disimpan di dalam dua kontena.

“Seterusnya, pada 17 Ogos kira-kira pukul 11.10 pagi, pasukan penguat kuasa menemukan sejumlah 16,632 liter minuman keras di dalam kontena berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Kesemua minuman keras itu bernilai RM278,064.53, manakala anggaran jumlah duti dan cukai terlibat adalah sebanyak RM1.136 juta.

Menurut beliau, modus operandi penyeludup adalah dengan mengikrarkan barangan yang dibawa masuk sebagai barangan lain untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (a) Akta Kastam 1967.

Jelas beliau, pihaknya mengalu-alukan orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855 atau melaporkan di Pejabat Kastam terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya