Kakitangan JKM maut kenderaan terbabas ke laut

Kakitangan JKM maut kenderaan terbabas ke laut

KERETA yang dinaiki lima sekawan remuk selepas terbabas ke dalam laut yang menyebabkan seorang maut dalam kejadian di Jalan Persisiran Pantai Kuala Perlis-Kuala Sanglang, Simpang Empat, Perlis, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) maut selepas kenderaan dinaiki bersama empat rakannya terbabas merempuh benteng pemecah ombak sebelum terjunam ke dalam laut di Jalan Persisiran Pantai Kuala Perlis-Kuala Sanglang, Simpang Empat di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11 malam dan siasatan awal mendapati kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang datang dari arah Kuala Sanglang menuju ke Sungai Baru.

Yusharifuddin berkata, mangsa, Ahmad Baihaqi Mahamad Shafie, 25, yang berada di bahagian hadapan penumpang telah tercampak keluar dari kereta semasa rempuhan itu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan bertugas. 

“Mangsa merupakan seorang pegawai JKM dari Jitra, Kedah dan disahkan maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kereta ekoran rempuhan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Yusharifuddin berkata, lokasi kejadian itu merupakan jalan satu lorong dan kemalangan berlaku ketika hujan dengan permukaan laluan yang basah.

Katanya, siasatan di lokasi kejadian juga mendapati tiada kesan brek di jalan dan kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain.

“Kereta itu juga remuk teruk di semua bahagian ekoran daripada rempuhan berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Yusharifuddin berkata, pemandu serta tiga lagi penumpang lain yang merupakan rakan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan telah menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tuanku Fauziah (HTF)

Tambahnya, mayat mangsa juga turut dibawa ke HTF untuk menjalani bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya