Kaki putus terpijak jerangkap samar lawan komunis

Kaki putus terpijak jerangkap samar lawan komunis

NEK YA menunjukkan Pingat Jasa Malaysia yang diperoleh ketika berkhidmat sebagai tentera di Kampung Setek, Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan hari ini. – UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Peristiwa letupan jerangkap samar yang menyebabkan kaki kiri Nek Ya Nor, 78, hilang semasa menyertai Op Selamat Sewadi di Hutan Gubir, Kedah, melawan komunis masih lagi segar dalam ingatannnya walaupun sudah 44 tahun berlalu.

Mengimbau semula insiden itu, Nek Ya yang merupakan anggota tentera berpencen daripada pasukan Rejimen Renjer Diraja berkata, sebelum kejadian dia sedang melakukan rondaan jalan kaki yang diketuai oleh Leftenan Muda Abu Musa.

“Ketika itu kami ternampak banyak kesan yang ditanda dengan ranting pokok dan di kawasan tersebut sangat bahaya. Saya kemudian naik ke atas bukit dan memberitahu rakan-rakan yang sedang berehat ketika itu bahawa kawasan ini mempunyai banyak bom.

“Bagaimanapun, semasa melangkah, saya telah terpijak jerangkap samar dan terus meletup menyebabkan kaki kiri hancur. Alhamdulillah ketika itu, saya masih menghubungi Ibu Pejabat untuk memaklumkan bagi mendapat bantuan helikopter,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Setek, Kok Lanas, semalam.

Nek Ya memberitahu, selepas tiga jam kemudian dia terus dibawa ke Hospital Alor Setar untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, susulan insiden itu  hampir enam bulan dia terpaksa berehat dan selepas itu tidak lagi terlibat dengan operasi.

“Untuk makluman semua, Hutan Gubir ketika itu merupakan salah satu kawasan yang menjadi markas serta lokasi persembunyian komunis daripada pasukan keselamatan negara.

“Operasi di kawasan berkenaan dianggap paling mencabar bagi saya kerana baru tiga tahun berkhidmat sebagai anggota tentera,” ujarnya.

Nek Ya berkata, selepas kejadian itu dia telah dianugerahkan pingat Jasa Malaysia dan berpencen dengan pangkat Koperal.

Alhamdulilah hingga sekarang saya memakai kaki palsu yang disumbangkan oleh kerajaan dan baru-baru ini pula disumbangkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya