Jururawat didakwa dera bayi lelaki 8 bulan hingga mati

Jururawat didakwa dera bayi lelaki 8 bulan hingga mati

T. REBEKAL didakwa atas tuduhan mengakibatkan kematian bayi lelaki berusia lapan bulan di Mahkamah Majistret Sungai Siput, Perak, hari ini. - UTUSAN/ASLIZA MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT: Seorang jururawat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan mengakibatkan kematian bayi lelakinya yang berusia lapan bulan, minggu lalu.

Tertuduh, T. Rebekal, 30, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan. Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian J. S. Melvin Jeshuran berusia lapan bulan di sebuah rumah di Kampung Muhibbah, Sungai Siput (U) di sini, pada pukul 6 petang, 24 Julai lalu.

Pertuduhan terhadap wanita itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R. S. Vitthiyeswary manakala peguam K. Nahtan mewakili tertuduh.

Mahkamah menetapkan 3 Oktober ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik dan bedah siasat.

Menerusi laporan media pada Selasa lalu, perbuatan wanita itu terbongkar berikutan kematian seorang bayi lelaki berusia lapan bulan dengan kesan kecederaan disyaki didera.

Mangsa dihantar ke Hospital Sungai Siput pada awal pagi Isnin oleh ibunya selepas tidak sedarkan diri namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Hasil bedah siasat yang dijalankan pakar patologi di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh itu menemukan beberapa kesan kecederaan akibat objek tumpul pada badan mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya