Jazz Park nadi baharu Kulim

Jazz Park nadi baharu Kulim

KU Abd. Rahman Ku Ismail (tengah) bersama Razman Mohd. Noor (tiga kiri) melihat replika pembangunan Jazz Park pada Majlis Pelancaran Jazz Park di Kulim, Kedah. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Pembangunan pesat bandar Kulim mendorong pemaju hartanah, Primus LKS Development Sdn. Bhd. melancarkan projek hartanah termasuk kediaman dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.2 bilion di daerah ini.

Projek baharu dinamakan Jazz Park yang dibangunkan di atas tanah seluas 28 hektar itu merangkumi gabungan perumahan mampu milik, pangsapuri dan bangunan komersial selain infrastruktur yang kondusif.

Pengarah Urusan Kumpulan Primus, Datuk Razman Mohd. Nor berkata, Jazz Park dibangunkan sehingga lapan fasa dengan sasaran siap sepenuhnya menjelang 2027.

“Jazz Park yang menawarkan segmen gaya hidup, residensi dan komersial ini memberikan nilai tinggi kepada pemilik kediaman dan para pelabur di samping memastikan pembangunan lestari.

“Ia berupaya menjadi lokasi utama untuk pelbagai pembangunan masa hadapan di samping peluang keemasan kepada pelabur tempatan dan asing untuk memiliki hartanah, sekali gus melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan daya saing Kedah,” katanya pada Majlis Pelancaran Jazz Park yang dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan Kedah, Ku Abd. Rahman Ku Ismail.

Mengikut perancangan, pembangunan fasa satu dan dua yang dimulakan serentak menyediakan 360 unit pangsapuri, rangkaian restoran terkenal dan lot komersial lain yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

“Mengenai Rumah Mampu Milik Negeri Kedah di tapak ini, sebanyak tiga jenis kediaman disediakan dalam fasa seterusnya iaitu Rumah Kasih, Rumah Aman dan Rumah Makmur yang bermula pada harga RM45,000.

“Apa yang menarik 120 unit rumah mampu milik itu dibangunkan sekali dalam kawasan perbandaran Jazz Park yang utama dengan perumahan lain tanpa mengasingkan mereka di lokasi yang terkebelakang,” katanya.

Sementara itu, Ku Abd. Rahman berkata, Jazz Park bakal menjadi alternatif kepada penduduk tempatan atau golongan pekerja yang berkhidmat di negeri jiran untuk memiliki hartanah di situ.

“Malah, Kulim sendiri memiliki golongan profesional termasuk pihak pengurusan kilang-kilang multinasional di bawah Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) yang boleh menjadi pilihan mereka untuk mendiami perumahan di Jazz Park.

“Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di Jazz Park yang secara tidak langsung memberi impak ekonomi cukup baik kepada Kedah terutama di bahagian Selatan negeri ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya