Jawi, PDRM siasat kumpulan Hadi Minallah

Jawi, PDRM siasat kumpulan Hadi Minallah

KERATAN laporan Utusan Online.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi berkaitan bagi melaksanakan siasatan dan tindakan susulan terhadap kegiatan kumpulan Hadi Minallah. 

Pengarahnya, Datuk Mohd. Ajib Ismaik berkata, siasatan dilakukan berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Beliau berkata, sebarang usaha menyebarkan ajaran yang bercanggah dengan akidah Islam haruslah dibanteras habis-habisan. 

“Umat Islam disarankan agar sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa agama bagi mengenal pasti dan menangkis anasir-anasir mengelirukan dari segi akidah, syariah dan pemikiran yang memesongkan akidah. 

“Malah, umat Islam dinasihatkan supaya menjauhkan diri dari sebarang kegiatan yang menyeleweng dari ajaran Islam sebenar,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini. 

Sebelum ini, sebuah video tular dalam media sosial memaparkan ajaran Hadi Minnallah yang aktif menyebarkan dakyah sesat mereka melalui YouTube, Persatuan Nur Mutiara Mutmainnah.

Berdasarkan video tular itu, seorang lelaki yang mendakwa sebagai pengasas ajaran itu, Wayang Hadi Kesumo atau Hadi Minnallah Aminnullah Ahmad berasal dari Indonesia.

Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dilapor berkata, fahaman berkenaan nyata dan jelas menyimpang daripada ajaran sebenar Islam.

Menurutnya, kerajaan memantau pergerakan kumpulan ajaran sesat dari negara jiran itu yang kini dikesan aktif di beberapa negeri di Malaysia.

Baru-baru ini, turut tersebar satu video mengenai satu perhimpunan dihadiri pengikut pertubuhan itu yang dipercayai berlangsung di Pulau Langkawi, Kedah pada  Jun lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya