JAS siasat longgokan buangan berjadual

JAS siasat longgokan buangan berjadual

LONGGOKAN bahan buangan terjadual diisi dalam guni sebelum dibuang di tebing Sungai Linggi, dekat Kampung Barisan, Linggi, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjalankan siasatan berhubung longgokan buangan separa pepejal berwarna kehitaman diisi dalam guni yang dibuang secara haram di tebing Sungai Linggi dekat Kampung Barisan, Linggi di sini, hari ini.

Pengarah JAS Negeri Sembilan, Azuri Azizah Saedon berkata, siasatan mendapati enam longgokan bahan buangan yang disyaki buangan terjadual yang dilupuskan secara haram di kawasan berkenaan, iaitu enapcemar jenis minyak dan habuk kayu beserta pasir tercemar dengan minyak yang diletakkan di dua lokasi. 

“Terdapat sebuah tasik yang terletak 100 meter dari lokasi pertama dan 30 meter dari lokasi kedua. 

“Kawasan kediaman terdekat adalah pada jarak satu kilometer, namun tiada air buangan yang dikesan mengalir ke tasik atau sungai berdekatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Azuri Azizah, sebanyak enam sampel diambil untuk dianalisis oleh Jabatan Kimia susulan aduan daripada orang awam berhubung pembuangan tersebut.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak melebihi RM500,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya