JAS mohon ulasan awam projek lombong besi di Terengganu

JAS mohon ulasan awam projek lombong besi di Terengganu

TANGKAP layar kawasan cadangan projek perlombongan bijih besi di Hutan Simpan Besul, Daerah Dungun, Terengganu. - FOTO/IHSAN JAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) memohon ulasan orang awam bagi Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) untuk sebuah projek perlombongan bijih besi baharu di Terengganu.

Menerusi hantaran dalam laman sosial rasminya, agensi tersebut memaklumkan bahawa tapak lombong melibatkan tanah berkeluasan 80.94 hektar di Mukim Jerangau, Daerah Dungun.

“Projek ini memang akan ada memberikan impak positif dan negatif terhadap alam, tetapi langkah mitigasi telah dikenal pasti serta diperincikan secara teliti dalam laporan EIA,” jelasnya.

Usaha tersebut ujarnya, adalah sejajar dengan dasar kerajaan negeri itu untuk merancakkan ekonomi dan memenuhi trend permintaan tinggi industri hiliran daripada aktiviti perlombongan.

Lokasi tapak ini di Lot 112997, Hutan Simpan Besul pula terletak lapan kilometer dari bandar Bukit Besi dan juga boleh diakses melalui laluan balak sejauh empat kilometer dari Jalan Tepus.

Mengulas lebih lanjut, JAS menjelaskan bahawa perlombongan berkenaan bakal dimajukan oleh penggerak projek, ME Rock Sdn. Bhd. yang beralamat di Jalan Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Usaha itu dijangka boleh dimulakan sama ada akhir tahun ini atau awal tahun depan dengan kaedah penggalian kering secara terbuka serta jangka hayat operasinya ialah selama 15 tahun.

“Perlombongan bijih besi atau Hematite Magnetite itu akan menggunakan aplikasi teknologi yang maju serta berkesan demi mengurangkan impak besar kepada alam sekitar,” tambah JAS.

Bagaimanapun, projek yang dimiliki oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu itu berpotensi bakal menjana banyak peluang pekerjaan baharu kepada komuniti setempat.

Pembangunan itu juga selaras dengan Rancangan Tempatan Daerah Dungun 2035 yang diwartakan pada 2019 dan penyahwartaan lot tersebut bagi tujuan perlombongan pada 2021 lalu.

Ringkasan eksekutif dan laporan EIA boleh diperoleh terus daripada Perpustakaan JAS di ibu pejabat di Wisma Sumber Asli, Presint 4 di sini bermula semalam sehingga 20 September ini.

Dokumen itu turut disediakan oleh JAS Negeri Terengganu selain Majlis Perbandaran Dungun manakala ulasan bertulis awam perlu diserahkan selewat-lewatnya pada 5 Oktober depan.

Menurut JAS lagi, penggerak projek lombong tersebut turut boleh dihubungi menerusi talian 03-40222177 selain faksimile 03-40221921 atau e-mel kepada [email protected].

Jururunding EIA pula ialah O&E Technologies Sdn. Bhd di Terengganu melalui nombor telefon 09-6285391 dan Tropical Growth (M) Sdn. Bhd. di Kelantan menerusi talian 018-5964763. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya