Jangan samakan anak seni dengan influencer - Rosyam Nor - Utusan Malaysia

Jangan samakan anak seni dengan influencer – Rosyam Nor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon berkaliber, Datuk Rosyam Nor menegur segelintir artis yang meletakkan diri mereka sebagai pempengaruh media sosial sehingga hilang kredibiliti sebagai seorang anak seni.

Jelas Rosyam, 55, penggunaan media sosial sememangnya penting namun, artis terutama mereka yang baharu masuk ke dalam industri seni ini harus bijak menggunakan media sosial tanpa meletakkan diri setaraf dengan pempengaruh.

“Saya hairan ada ramai artis yang melambakkan diri setaraf dengan pempengaruh dan instafamous. Bukan semua tetapi ada.

“Mereka (pempengaruh) adalah selebriti dunia baharu, tetapi kita sebagai anak seni perlu menjaga kredibiliti supaya dihormati. Gunakan status anak seni di lorong yang betul,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Rosyam berkata, dia memahami segelintir anak seni terpaksa menggunakan media sosial semaksima mungkin sebagai mata pencarian terutama ketika fasa pandemik berlaku.

Namun jelasnya, biarlah penggunaan itu kena pada cara dan tidak ‘mencemarkan’ nama baik industri seni ini.

“Boleh sahaja menggunakan media sosial, tetapi kita harus tahu content bagaimana mahu diketengahkan. Sekarang, segala-galanya dipaparkan di media sosial. Mungkin 90 peratus kehidupan anda ditayang secara umum.

“Hilang sudah nilai eksklusiviti. Tidak seharusnya itu berlaku. Popular, followers ramai itu penting. Tidak dinafikan tetapi biarlah ada kelasnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya