Ini bukan sarkas - Utusan Malaysia

Ini bukan sarkas

V. Sithambaram (kanan) berjalan masuk ketika hadir ke perbicaraan rayuan sabitan dan hukuman penjara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta di Mahkamah Persekutuan. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Ini bukannya sarkas, sesiapa sahaja boleh datang dan pergi sesuka hati.”

Kenyataan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan adhoc, Datuk V. Sithambaram itu jelas menunjukkan rasa tidak puas hatinya apabila pihak pembelaan memaklumkan bahawa peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin akan meneruskan hujahan berkaitan permohonan agar Ketua Hakim Negara menarik diri.

Terdahulu, peguam Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan bahawa Firoz yang pada ketika itu berada di galeri awam akan menyambung hujahannya.

Firoz kemudian bangkit dari galeri awam, berjalan menuju ke meja peguam dan memohon agar pendengaran kes itu ditangguhkan sementara sehingga selepas waktu makan tengah hari.

Firoz: Memandangkan (Tan Sri) Shafee tidak dapat membuat hujahan hari ini, maka beliau meminta saya untuk berhujah. Tetapi saya memohon agar hujahan ini ditangguhkan sehingga selepas makan tengah hari.

Sithambaram: Yang Amat Arif, ini bukannya sarkas. Orang boleh datang dan pergi.

KHN: Tuan Haji (Hisyam) telah membuat hujahan yang lengkap dan menyeluruh. Kami (panel hakim) tidak merasakan hujahan lanjut diperlukan.

Mahkamah kini sedang berhenti rehat bagi membuat keputusan mengenai permohonan Najib agar Hakim Tengku Maimun menarik diri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya