Identiti lelaki ditemukan mati dikelar dikenal pasti

Identiti lelaki ditemukan mati dikelar dikenal pasti

KEADAAN mayat seorang lelaki ditemukan mati dengan kesan kelar di leher dan berlumuran darah di ladang kelapa sawit, Felda Kerteh 6, Dungun, semalam. - FOTO/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Polis telah mengenal pasti identiti lelaki yang ditemukan mati dengan kesan kelar di leher di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Kerteh 6, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Baharudin Abdullah berkata, lelaki berusia 42 tahun tersebut, merupakan penduduk tempatan. 

“Kita telah mengenal pasti identiti mangsa yang mana kita difahamkan mangsa tidak bekerja. 

“Setakat ini, proses bedah siasat ke atas mayat mangsa sedang dilakukan di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini. 

Baharudin berkata, pihaknya akan turut memanggil keluarga mangsa untuk proses pengecaman.

“Kita juga masih menyiasat secara terperinci segala aspek termasuk motif kejadian dan kita juga sedang menyiasat suspek terlibat,” katanya. 

Terdahulu, Utusan Online melaporkan seorang pengurus ladang menemukan mayat seorang lelaki yang berlumuran darah dengan kesan kelar di leher kira-kira pukul 6.30 petang, semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya