Hujan mengiringi perjalanan Najib ke penjara - Utusan Malaysia

Hujan mengiringi perjalanan Najib ke penjara

KENDERAAN yang membawa Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan mahkamah pada rayuan akhir mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat meninggalkan Istana Kehakiman pada pukul 5.44 petang tadi dengan menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam.

Beberapa buah kenderaan polis turut dilihat mengiringi kenderaan bekas Perdana Menteri itu menuju ke penjara.

Kenderaan yang membawa Najib dilihat keluar melalui laluan lain dan hanya ahli keluarganya termasuk Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan laluan yang ditunggu oleh para penyokong.

Terdahulu, panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap Najib.

Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Dengan keputusan itu, di akhir prosiding ini, Najib akan mula menjalani hukuman penjaranya berkuat kuasa hari ini.

Sementara itu, para penyokong Ahli Parlimen Pekan itu dilihat mengalirkan air mata dan hampa berikutan tidak dapat melihat Najib buat kali terakhir.

Walaupun hujan, penyokong-penyokong terbabit sedikit pun tidak berganjak dari kawasan pekarangan pintu belakang Istana Kehakiman sejak awal pagi tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya