Henti guna formula lama - Ahmad Zahid

Henti guna formula lama – Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi berucap ketika  penutupan Konvensyen BN Selangor di Pusat Konvensyen Setia City di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ZUFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor dinasihat tidak meneruskan pencalonan wakil rakyat di negeri ini dengan menggunakan berdasarkan kuota, sebaliknya menerima sesiapa sahaja calon yang boleh membawa kemenangan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ini bermakna, pemimpin BN di negeri ini perlu menerima sesiapa sahaja calon yang diyakini mampu membawa kemenangan tanpa mengira kuota daripada parti-parti komponen.

Formula sedemikian termasuk 30 peratus daripada sayap dalam UMNO sendiri iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri di kesemua 22 Parlimen dan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sudah sampai masanya BN di Selangor melakukan ‘game changer’ dengan mengemukakan tokoh-tokoh profesional sebagai calon sementara anggota dan pemimpin parti perlu berjiwa besar untuk melaksanakannya.

“Terimalah siapa-siapa yang taat kepada parti. Memang ada tokoh yang datang dari mana pun, boleh bantu menangkan BN di Selangor. Kalau itu ada peluang atau potensi untuk menebus maruah BN Selangor, kita beri kepada mereka.

“Kenapa tidak kalau orang itu boleh membantu kita, tetapi sebaliknya kita mempunyai hati yang amat kecut. Janganlah sikap begitu, saya yakin di bawah pimpinan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras BN Selangor, Tan Sri Noh Omar. Noh this your time to take over Selangor,” katanya ketika berucap pada penutupan Konvensyen BN Selangor, hari ini.

NOH OMAR

Terdahulu, Noh dalam ucapan amanatnya mengumumkan pelantikan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Bendahari BN Selangor menggantikan Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang dilantik sebagai Ketua Komunikasi.

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ

Mengulas perlantikan tersebut, Ahmad Zahid menjelaskan, ia adalah berdasarkan kesesuaian yang dizahirkan oleh Noh selepas mengadakan perbincangan dengannya sebagai usaha BN Selangor berdepan PRU-15.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, Tengku Zafrul tidak akan bersendirian untuk membawa tanggungjawab bagi memenangkan parti di negeri ini, sebaliknya akan ada tokoh-tokoh lain dalam kalangan profesional juga akan dicalonkan di peringkat DUN Selangor.

“Kita mempunyai tokoh-tokoh yang mempunyai (kriteria) heavyweight, tidak semestinya Tengku Zafrul, mungkin ada tokoh-tokoh lain dalam kalangan ahli-ahli profesional termasuk tokoh-tokoh korporat anak-anak Selangor yang kita boleh ketengahkan.

“Itu sebabnya saya meminta pemimpin-pemimpin UMNO dan BN Selangor berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menerima siapa sahaja yang terpilih sebagai calon kerana yang kita mahukan agar Selangor akan kembali ke dulang pentadbiran BN dan UMNO,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya