Hari Kebangsaan: Dataran Merdeka dibanjiri seawal 5 pagi

Hari Kebangsaan: Dataran Merdeka dibanjiri seawal 5 pagi

ORANG ramai membanjiri Dataran Merdeka bagi meraikan Sambutan Hari Kebangsaan 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Seawal pukul 5 pagi, Dataran Merdeka mula dibanjiri rakyat Malaysia bagi meraikan Sambutan Hari Kebangsaan 2022 dan dibenarkan mengambil tempat di kawasan yang dikhaskan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, masing-masing membawa keluarga dan anak-anak bagi meraikannya setelah lima tahun sambutan tidak diadakan di Dataran Merdeka, sekali gus  membuatkan rakyat lebih teruja melihat persembahan sambutan Hari Kebangsaan kali ini.

Jalan raya sekitarnya ditutup bagi membolehkan pejalan kaki menggunakan laluan tersebut ke arah Dataran Merdeka.

Bagi mereka yang membawa kenderaan, dilihat kereta boleh di parkir di kaki jalan selain alternatif menaiki pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan Monorel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual tiba pada pukul 7.45 pagi ini, disusuli dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong dan persembahan dimulakan pada 8 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya