Hampir setengah juta pokok ditanam pulih hutan Semenanjung

Hampir setengah juta pokok ditanam pulih hutan Semenanjung

Program penghutanan semula tidak pernah terhenti bagi memastikan kepupusan hutan dapat dibendung-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 475,519 pokok ditanam semula bagi memulihkan kembali kawasan hutan yang terosot di seluruh Semenanjung Malaysia sejak 2016 lalu sehingga kini melibatkan keluasan kira-kira 827.5 hektar.

Menurut Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) menerusi hantaran dalam laman sosial rasminya, jumlah ditanam tersebut adalah 26 kali ganda lebih banyak daripada bilangan pokok terdapat di keseluruhan taman Central Park New York, Amerika Syarikat yang berkeluasan 341 hektar.

“Pelbagai usaha dan inisiatif diambil bagi memulihkan kawasan hutan terosot di Semenanjung khususnya yang berstatus Hutan Simpanan Kekal (HSK) dilaksanakan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli di bawah nama Program Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Hutan Terosot.

Ia mula diperkenalkan kerajaan pada 2016 melalui Rancangan Malaysia Ke-11 dengan usaha pemulihan turut digembleng bersama antara JPSM, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Universiti Putra Malaysia serta pelbagai pertubuhan bukan kerajaan.

 “Objektif utama program jangka panjang ini adalah memulihkan hutan terosot yang teruk terjejas akibat kejadian bencana alam atau penerokaan bagi pembangunan,” jelas JPSM.

 Setakat ini, usaha murni tersebut walaupun tidak diberikan sebarang liputan luas, namun ia sudah berjaya dilaksanakan di Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis dan Selangor.

 Bermula 2017, program ini bahkan dijadikan Aku Janji Kerajaan Persekutuan di bawah Inisiatif Strategik 17.5 iaitu untuk memulihara hutan dan melaksanakan program penanaman semula.

 Terdapat hampir 300 kawasan rekreasi dalam HSK di seluruh Semenanjung Malaysia meliputi sebahagian besar bukit dan gunung selain tanah tinggi serta trek denai popular pelancongan.

 JPSM yang ditubuhkan pada 1901 lalu, bertanggungjawab dalam melindungi HSK yang kaya dengan lebih 2,500 spesies pokok selaras Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992).-utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya