Hampir 3,000 hadiri Hijrah Merdeka sambut Ambang Merdeka 2022

Hampir 3,000 hadiri Hijrah Merdeka sambut Ambang Merdeka 2022

SEBAHAGIAN jemaah mengikuti Forum Hijrah Merdeka anjuran Jakim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya malam ini. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Cuaca baik pada sebelah malam menyaksikan hampir 3,000 orang hadir bagi memeriahkan Program Hijrah Merdeka di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, malam ini.

Program berbentuk kerohanian yang diadakan bersempena dengan Ambang Merdeka 2022 itu dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan pelbagai acara keilmuan, antaranya Forum Hijrah Merdeka yang menampilkan Prof. Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor dari Universiti Malaya dan Prof. Dr. Badlisham Mohd. Nasir dari Universiti Teknologi Malaysia.

Penyampai popular Radio Zayan, Anas Tahir bertindak sebagai moderator. Terdahulu jemaah menunaikan solat sunat hajat bagi mendoakan kesejahteraan Malaysia selepas solat Maghrib.

Acara kemuncak ialah Tausiyah Hijrah Merdeka yang telah disampaikan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad selepas solat Isyak. Turut hadir menyaksikan program berkenaan ialah Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya