Hamid Bador nikah pegawai polis

Hamid Bador nikah pegawai polis

GAMBAR perkahwinan Abdul Hamid Bador yang tular dalam media sosial. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador melangsungkan perkahwinan dengan wanita dipercayai pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Difahamkan, pegawai tersebut berpangkat deputi superintenden (DSP) dan bertugas di Muzium PDRM, Kuala Lumpur.

Beberapa gambar majlis perkahwinan Abdul Hamid dengan pegawai terbabit  yang dipercayai berlangsung malam semalam tular dalam media sosial.

Turut tular tangkap layar menunjukkan pegawai polis wanita berkenaan mengesahkan perkahwinannya dengan Abdul Hamid melalui perbualan menerusi aplikasi Whatsapp. 

Bagaimanapun, usaha Utusan Malaysia mendapatkan pengesahan daripada Abdul Hamid setakat pukul 6.30 petang ini tidak mendapat respons daripada beliau.

Abdul Hamid dilantik sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak selama dua tahun selepas bersara, berkuat kuasa 4 Mei 2019 hingga 3 Mei tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya