Guru SMK Gaal maut di Lipis dalam perjalanan pulang ke kampung

Guru SMK Gaal maut di Lipis dalam perjalanan pulang ke kampung

KEADAAN Toyota Corolla Altis yang mengorbankan seorang guru setelah terbabas melanggar penghadang besi sebelum masuk ke bahu kiri jalan dalam kemalangan  di Kilometer 55, Jalan Central Spine Road (CSR) Lipis ke Merapoh di Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seorang guru lelaki berusia 59 tahun maut dalam kemalangan di Kilometer 55 Jalan Central Spine Road (CSR) Lipis ke Merapoh, dekat sini petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.50 petang itu, mangsa yang memandu Toyota Corolla Altis, Faudin Ibrahim maut di loaksi kejadian manakala isterinya selamat.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, hasil siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Melaka hendak pulang ke Pasir Putih, Kelantan. 

“Setibanya di tempat kejadian, kereta yang dipandu Faudin dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan dan melanggar besi penghadang.

“Akibat kemalangan ini, mangsa yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gaal, Pasir Putih maut di tempat kejadian manakala isterinya tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azli, kes kemalangan itu disiasat di bawah di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya