Gogopasar raih anugerah Bintang e-Dagang Agro

Gogopasar raih anugerah Bintang e-Dagang Agro

LYNN Alias (tiga, kanan) menerima cek berjumlah RM30,000 daripada Ronald Kiandee dalam satu majlis di MAEPS, Serdang, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Platform E-dagang Gogopasar dipilih sebagai  Bintang e-Dagang Agro sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lynn Alias berkata, sebagai syarikat pemula niaga di bawah Kumpulan FGV Holdings Berhad (FGV), kejayaan tersebut  membuktikan kewujudan mereka  memberi impak besar untuk industri rantaian makanan.

Justeru, beliau sangat berharap agar pengiktirafan itu dapat menyuntik semangat semua pihak bagi mengukuhkan sistem rantaian bekalan makanan negara pada masa akan datang.

“Kami mahu berikan pulangan kepada masyarakat berdasarkan apa yang telah dilakukan. Sebagai contoh, dengan menurunkan harga barang di Gogopasar, secara tidak langsung harga barangan di kedai lain juga turun.

“Justeru, kami bersaing bersama nama besar pemain industri yang beroperasi sejak sekian lama.Walau apa pun, kehadiran Gogopasar kini mula mendapat pengiktirafan walaupun baru tahun kedua operasi di mana kami banyak memberi fokus kepada penjenamaan syarikat kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Gogopasar berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 selain trofi dan sijil.

Anugerah disampaikan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Dalam pada itu, Lynn berkata, dengan pengiktirafan tersebut, Gogopasar  mampu membantu kerajaan meningkatkan pengeluaran sektor agromakanan secara efisien dan berkualiti direalisasikan menerusi kerjasama strategik antara semua pihak berkepentingan, jabatan dan agensi lain serta  koperasi.

Tambahnya, Gogopasar kini menganjurkan kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti Jabatan Agama Islam negeri-negeri untuk menyumbang barang keperluan termasuk makanan dan minuman kepada golongan yang memerlukan antaranya projek Jejak Asnaf. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya