GGM 2022: Unimap rai pengamal media Perlis, Kedah

GGM 2022: Unimap rai pengamal media Perlis, Kedah

ZALIMAN Sauli bergambar bersama pengamal media dan warga Unimap pada majlis Gala Gemilang Media (GGM) 2022 di ruang makan Dewan Senat, Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis, malam tadi. - FOTO/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Universiti Malaysia Perlis (Unimap) meraikan pengamal media Perlis dan Kedah dalam majlis Gala Gemilang Media (GGM) 2022 di ruang makan Dewan Senat, Canselori Tuanku Syed Sirajuddin di sini, malam tadi.

Naib Canselor Unimap, Prof. Dr. Zaliman Sauli berkata, GGM merupakan penganjuran khas dilaksanakan oleh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu bagi menghargai sumbangan dan sokongan pengamal media khususnya di dua negeri berkenaan.

Katanya, media memainkan peranan besar dalam membantu Unimap dengan menjadi medium untuk menyampaikan maklumat-maklumat terkini kepada komuniti secara komprehensif dan menyeluruh.

“Unimap pada tahun ini sudah berusia 21 tahun dan saya kira bukan perkara mudah untuk institusi ini meniti setiap garis cabaran bagi menggapai kejayaan tanpa sokongan publisiti mahu pun promosi daripada rakan-rakan media,” katanya.

Bersempena penganjuran GGM kali ini, terdapat tujuh anugerah turut disampaikan kepada pengamal media yang menghantar penyertaan.

Anugerah yang disampaikan adalah Liputan Berita Terbaik (Bahasa Melayu), Anugerah Liputan Berita Terbaik (Bahasa Inggeris), Anugerah Liputan Berita Terbaik (Bahasa Cina), Anugerah Liputan Berita Terbaik (TV), Anugerah Rencana Terbaik dan Anugerah Gambar Terbaik dan Anugerah Liputan Terbanyak.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Wartawan Perlis (PWP), Mohd. Hafiz Abd. Mutalib sewaktu menyampaikan ucapannya berkata, sejak awal penubuhan Unimap, IPTA itu sememangnya mempunyai hubungan akrab bersama pengamal media di negeri ini.

Katanya, Unimap juga sentiasa memberi perhatian dan menghargai peranan dimainkan pengamal media menerusi pelbagai program sebelum ini.

“PWP juga mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama yang boleh dijalankan pada masa hadapan sama ada program komuniti atau aktiviti sukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya