Gadis 19 tahun antara ditangkap khalwat

Gadis 19 tahun antara ditangkap khalwat

SEPASANG kekasih yang ditahan JHEAT kerana disyaki berkhalwat dalam satu operasi di Kuala Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) antara empat individu yang ditangkap khalwat dalam satu operasi di sini, semalam.

Seramai 13 pegawai penguat kuasa syariah terlibat dalam operasi itu yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Unit Penguatkuasaan Daerah Kuala Terengganu.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Syariah JHEAT, Md. Adnan Abdullah berkata, pelajar berusia 19 tahun itu ditahan bersama kekasihnya, seorang lelaki juga berusia 19 tahun yang telah bekerja. 

“Pasangan kekasih itu memberi alasan hanya mahu berehat sebentar di bilik hotel itu kerana lelaki tersebut terlalu penat selepas pulang bekerja. Mereka juga mendakwa tidak ada melakukan apa-apa perbuatan tidak senonoh,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sepasang lagi kekasih berusia 26 tahun dan 28 tahun yang berasal dari Kelantan turut memberikan alasan sama ketika ditahan.

“Mereka memberikan alasan hanya mahu berehat di hotel kerana penat memandu dari Kelantan,” katanya. 

Menurutnya, kedua-dua pasangan itu ditahan di bawah Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana disyaki melakukan kesalahan khalwat.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. Kedua-dua pasangan telah dilepaskan dengan bon jaminan hadir ke mahkamah,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya