Empat kenderaan curi berjaya ditemukan semula

Empat kenderaan curi berjaya ditemukan semula

MOHAMAD FAROUK ESHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat kenderaan curi berjaya ditemukan semula susulan penahanan seorang lelaki warga Myanmar di Taman Seri Taming, Kajang, dekat sini, semalam.

Kesemuanya terdiri empat kereta jenama Proton Iswara itu ditemukan di tepi Jalan Utama Pandan Jaya dan kawasan parkir bersebelahan M10 & M15.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tiga kenderaan ditemukan masih dilaporkan hilang dalam daerah Ampang manakala sebuah lagi dilaporkan hilang dalam daerah Cheras dekat sini.

“Pihak polis memberikan amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam apa apa perbuatan melakukan curi kenderaan,” katanya di sini hari ini.

Semalam, seorang lelaki warga Myanmar ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes curi kenderaan di Pandan Perdana, Ampang.

Penahanan suspek berusia 24 tahun itu dilakukan kira-kira pukul 1.30 pagi selepas satu laporan diterima polis mengenai kehilangan sebuah kenderaan.

Modus operandi suspek adalah mensasarkan kereta model lama di parkir di kawasan sunyi.

Semakan lanjut mendapati suspek memiliki empat rekod lampau berkaitan kes jenayah dan narkotik. 

Ujian air kencing ke atas suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine

Suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya