Edar dadah: Tiga rakan berdepan hukuman mati - Utusan Malaysia

Edar dadah: Tiga rakan berdepan hukuman mati

TIGA lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rembau hari ini atas pertuduhan mengedar dadah di Felda Bukit Jalor, Gemencheh, Tampin pada 10 Ogos lalu. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Tiga lelaki berdepan hukuman gantung selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rembau hari ini atas kesalahan mengedar dadah di Felda Bukit Jalor, Gemencheh, Tampin pada 10 Ogos lalu.

Ketiga-tiga mereka iaitu Kamaruddin Dollah, 49; Abdul Malek Jantan, 42, dan Ahmad Fazali Jaafar, 45, dituduh melakukan kesalahan itu di hadapan Majistret, Kartini Kasran.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh.

Berdasarkan pertuduhan, pada tarikh berkenaan kira-kira pukul 1 pagi di sebuah rumah di Felda Bukit Jalor, tertuduh didapati mengedar dadah berbahaya jenis heroin dengan anggaran berat 21 gram.

Oleh yang demikian, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang daripada 15 sebatan.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd. Azizul Zakaria manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada ikat jamin diberikan dan mahkamah kemudian menetapkan 29 September depan untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya