Dua wanita tidak tutup aurat ketika berkaraoke dikompaun - Utusan Malaysia

Dua wanita tidak tutup aurat ketika berkaraoke dikompaun

ANGGOTA Penguat Kuasa MPKB-BRI semasa melakukan serbuan ke atas sebuah premis karaoke haram di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/IHSAN MPKB-BRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dua wanita yang tidak menutup aurat dikompaun Bahagian Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) ketika sedang berkaraoke di sebuah premis di Pengkalan Chepa di sini kelmarin.

Dalam serbuan yang dilakukan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik) MPKB-BRI turut merampas dan menyita set karaoke tersebut selepas beroperasi secara haram dan tidak sah.

Yang Dipertuanya, Rosnazli Amin berkata, selain itu 400 botol cecair vape pelbagai perisa dan 30 pod turut dirampas dalam serbuan tersebut.

“Dalam operasi berasingan, MPKB-BRI turut mengeluarkan kompaun ke atas sebuah premis dan menyita beberapa peralatan seperti telefon, kabel telefon serta bekas kad telefon kosong kerana menjalankan aktiviti judi online dengan berselindung di sebalik aktiviti menjual peralatan telekomunikasi bertujuan mengaburi mata anggota penguat kuasa.

“Selain itu pihak kami turut menyita kerusi dan peralatan menghisap shisha yang ditinggalkan dalam keadaan masih berbara di luar sebuah premis di Kampung Demit Kubang Kerian. Premis tersebut dipercayai ditutup sejurus selepas mengetahui pergerakan pasukan penguat kuasa ke lokasi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rosnazli memberitahu, MPKB-BRI turut mengeluarkan kompaun ke atas sebuah hotel di Jalan Tengku Chik, di sini selepas gagal mempamerkan lesen premis perniagaan.

Katanya, semasa pemeriksaan yang dijalankan pihak Jaheik tidak mendapat kerjasama dari pihak hotel dan dipercayai terdapat aktiviti pelacuran yang berlaku.

“Operasi bersama dilaksanakan untuk mengesan kesalahan di bawah Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPKB BRI) 2019 dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya