Dua pendayung kenu dunia bakal gegar Pahang

Dua pendayung kanu dunia bakal gegar Pahang

PENYERTAAN Danille McKenzie bakal merancakkan kejohanan Pahang Ocean Paddle International Challenge 2022 di Pantai Hiburan, Rompin, Pahang pada 7 September ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua pendayung bertaraf dunia sah menyertai acara sukan kanu antarabangsa yang buat pertama kali di negeri Pahang iaitu Pahang Ocean Paddle International Challenge 2022 (POPIC 2022).

Dua pendayung tersebut adalah Danille McKenzie daripada New Zealand merupakan pendayung wanita yang berjaya melakar nama dan menggegar arena perlumbaan laut dunia apabila berjaya meraih takhta kejuaraan dunia dalam perlumbaan pertama beliau.

Manakala, bagi kategori lelaki adalah McKenzie Hynard daripada Australia merupakan bekas Naib Juara Dunia bawah 23 pada 2017 sekali gus memberi bayangan akan menjuarai POPIC 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Stagemaker Sdn. Bhd., Emir Abdul Jalal yang mengesahkan penyertaan dua atlet dunia itu berkata, penyertaan dua pendayung tersebut akan memberi impak besar terhadap penganjuran POPIC2022.

“Kehadiran bekas Juara Dunia 2019, Daniele McKenzie dan Naib Juara Dunia (B23) 2017 jelas bakal memberikan impak cukup besar kepada penganjuran POPIC 2022.

“Semoga dengan pengesahan penyertaan mereka bakal menarik minat lebih ramai lagi pendayung hebat dari luar negara selepas ini. Bagi acara yang baru diperkenalkan, ini merupakan permulaan yang cukup baik,” katanya dalam satu kenyataan.

POPIC 2022 akan berlangsung di Pahang di Pantai Hiburan, Rompin (7 September 2022), Pantai Lagenda, Pekan (8 September 2022), Pantai Balok, Kuantan (9 September 2022), Pantai Cherating, Kuantan (10 September) dan berakhir di Pantai Teluk Chempedak, Kuantan (11 September 2022).

Emir Abdul yang juga penganjur POPIC 2022 berkata, mereka melantik bekas juara dunia 12 kali kanu laut antarabangsa, Oscar Chalupsky dari Afrika Selatan sebagai pengarah perlumbaan bagi memastikan perlumbaan tersebut berjalan lancar.

“Oscar yang kini berpangkalan di Portugal, merupakan ikon perlumbaan kanu dunia, yang turut menjadi jurulatih kepada ramai pendayung-pendayung hebat di Eropah.

“Oscar akan dibantu oleh jawatankuasa teknikal yang diurus sepenuhnya oleh Persatuan Sukan Kanu Pahang, diketuai sendiri oleh Presiden Persatuan, Mohd. Nazir Mohd. Sakari,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beberapa pendayung lain dari Australia dan New Zealand juga bakal turut serta, pihak penganjur juga mengesahkan penyertaan pendayung dari Afrika Selatan, Jepun, Singapura, Thailand dan negara tuan rumah, Malaysia bagi kategori antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya