Dua lagi MRSM dibina di Sarawak

Dua lagi MRSM dibina di Sarawak

HASBI HABIBOLLAH (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada salah seorang penerima Pegawai MARA bagi Peringkat Negeri Sarawak, di Kuching hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan dibina di Sarawak, masing-masing di Bintulu dan Lawas.

Menurut Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar Datuk Hasbi Habibollah, MRSM Bintulu dijangka akan mula beroperasi awal tahun depan sementara MRSM Lawas sedang dalam perolehan (retendering).

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Amanah Rakyat (MARA) Peringkat Negeri Sarawak 2021 di sini hari ini.

Katanya, secara peribadi beliau sentiasa melihat peluang yang boleh dibawa oleh kementerian beliau ke Sarawak seperti MRSM.

“Kita pastikan apa yang ada di sana (Semenanjung) kita bawa ke Sarawak juga dalam semangat Satu Keluarga Malaysia,” tambah beliau.

Selain itu, katanya MARA juga merancang untuk menempatkan Kolej Profesional Mara di Sarawak, di samping Pusat Giat Mara yang akan ditempatkan di Limbang.

“Kita semua tahu MRSM dan Kolej Profesional Mara merupakan sekolah berprestasi tingg yang bertujuan mengeluarkan ramai pelajar pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET),” katanya

Hasbi berkata beliau baharu lepas melawat Pusat Giat Mara Miri dan mendapati pelajar di sana dan berpuas hati dengan prestasi mereka.

“Kebolehpasaran pelatih-pelatih Pusat Giat Mara adalah sangat tinggi.

“Peratusan peluang untuk mendapat pekerjaan dalam bidang reka fesyen, automotif dan sebagainya adalah tinggi, selain peluang perniagaan yabg diberikan kepada mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya