Dewan SMK Tun Mamat terbakar

Dewan SMK Tun Mamat terbakar

PASUKAN Bomba dan Penyelamat melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran di Dewan SMK Tun Mamat, Tangkak, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Kira-kira 30 peratus Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan  (SMK) Tun Mamat, di sini musnah dalam kebakaran pukul 12.52 tengah hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Pusat Gerakan Operasi (GPO) Negeri Johor.

Susulan itu, sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan EMRS dengan kekuatan tujuh anggota diketuai beliau digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran sebelum kerja-kerja memadamkan kebakaran dijalankan.

“Anggota pasukan mengambil masa kira-kira 90 minit memadamkan kebakaran dan operasi ditamatkan pada pukul 2.18 petang selepas mendapati keadaan benar-benar selamat. Pemeriksaan juga mendapati kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya