Dewan Rakyat ucap takziah pemergian Khalid Ibrahim - Utusan Malaysia

Dewan Rakyat ucap takziah pemergian Khalid Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini dimulakan dengan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meninggal dunia semalam.

Memaklumkan perkara itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon mewakili seluruh warga Parlimen Malaysia mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah menghadapi situasi berkenaan.

“Dewan Rakyat merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Tan Sri Khalid Ibrahim dan mengharapkan seluruh keluarga tabah menghadapi situasi ini.

“Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Allahyarham,” katanya.

Abdul Khalid meninggal dunia pada pukul 11.08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi semua ahli keluarganya.

Allahyarham merupakan bekas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak daripada 2008 hingga 2018 dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Guthrie Berhad daripada 1995 hingga 2003. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya