Dewan Negara bahas projek LCS hari ini

Dewan Negara bahas projek LCS hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isu kelewatan projek perolehan kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang gagal disiapkan meskipun kerajaan membayar RM6 bilion, dibahas di Dewan Negara hari ini.

Hari ini juga adalah hari terakhir bagi mesyuarat Dewan Negara selepas enam hari bersidang sepanjang bulan ini sebelum ditangguhkan dan bersambung semula pada 8 hingga 22 Disember ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, usul itu bermula pukul 10 pagi ini dan perbahasan oleh ahli-ahli Dewan berlangsung pada sebelah petang selepas urusan rang undang-undang selesai.

“Isu perolehan LCS meme­nuhi syarat-syarat yang perlu iaitu bersifat kepentingan awam. Ia juga memerlukan pemerhatian serta-merta dan selaras dengan kehendak am.

“Oleh itu, usul ini tidak wajar dibiar dan didiamkan sahaja. Oleh kerana begitu lama kepen­tingan negara terkait dan tanpa huraian yang jelas dan apa-apa hal berkaitan dengan isu LCS ini harus bertemu dengan titik undang-undang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Minggu lalu, tiga ahli Dewan Negara mencadangkan supaya isu LCS dibahaskan sebelum persidangannya dijadualkan tamat hari ini.

Ketika ditanya sekiranya beliau mendapat makluman Dewan Rakyat akan mengadakan persidangan sama untuk membahaskan usul tersebut, Rais menyerahkan segala keputusan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

“Kalau Dewan Rakyat mahu bersidang, ia boleh dilaksanakan dengan syarat ketua majlis membuat rekuisisinya atau aturan diadakan sidang khas perbahasan. Namun, ini terserah kepada Speaker dan kerajaan jika mahu membahaskan usul itu,” katanya.

Utusan Malaysia menghubungi Azhar Azizan jika beliau merancang mengadakan sidang khas Dewan Rakyat khusus bagi membincangkan isu perolehan LCS, namun soalan diajukan melalui pesanan ringkas Whatsapp tidak dibalas.

Dewan Rakyat bermesyuarat pada 1 hingga 4 Ogos lalu dan bersidang semula dari 26 hingga 31 Oktober ini.

Sebelum ini, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek LCS, antaranya kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion kepada syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) secara runding terus, namun tiada satu pun kapal diterima hingga kini.

BNS dilaporkan berdepan masalah aliran tunai apabila membelanjakan sejumlah besar wang yang sepatutnya untuk projek LCS, namun ‘dilencongkan’ untuk membayar hutang-hutang lapuk menyebabkan reka bentuk terperinci LCS tidak dapat disiapkan.

Mengikut kontrak asal yang ditandatangani pada 2014, TLDM sepatutnya menerima kapal tempur pertamanya pada April 2019 setelah membuat bayaran lebih RM6 bilion.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya