Dapat Datuk, hari terindah sepanjang karier – Amy Search - Utusan Malaysia

Dapat Datuk, hari terindah sepanjang karier – Amy Search

SUHAIMI A. Rahman pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: “Hari ini adalah antara hari terindah dalam karier saya sepanjang 40 tahun”.

Itu luahan vokalis kumpulan Search, Datuk Suhaimi A. Rahman, 64, atau lebih dikenali sebagai Amy Search yang menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-73 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Katanya, beliau sendiri tidak menyangka akan dikurniakan anugerah kebesaran daripada Kerajaan Negeri Melaka kerana langsung tidak mengimpikan sebarang gelaran seumpama itu.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ini, hari yang saya tidak pernah impikan selama ini. Terima kasih kepada Tun Mohd. Ali dan lain-lain pihak yang menyokong saya.

“Terima kasih kerana jadikan hari ini antara hari terindah dalam karier saya selepas 40 tahun. Jika ada kerjasama selepas ini, saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada masa depan Melaka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengetuai senarai 883 penerima Darjah Kebesaran Negeri Melaka dengan dianugerahkan Darjah Utama Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Sementara itu, Darjah Gemilang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Seri dianugerahkan kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto.

Darjah Cemerlang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Wira diberikan kepada 26 penerima antaranya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari; Pengarah Pengurusan Ibu pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Zaini Jass; Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Baharin Din dan Ketua Umum Dewan Masjid Indonesia, Dr. Syafruddin Kambo. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya