PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,946 kes berbanding kelmarin, 2,191 kes sekali gus diatasi 3,271 kes sembuh.
Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 673 kes diikuti Kuala Lumpur (246), Sabah (180) dan Perak (139).
Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Kelantan (99), Kedah (86), Johor (85), Melaka (85), Negeri Sembilan (83), Pinang Pinang (72), Terengganu (54), Sarawak (53), Pahang (45), Putrajaya (39), Perlis (7) dan Labuan, tiada kes.
Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 431 orang berbanding kelmarin, 368 orang.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 75 kes berbanding jumlah kelmarin, 73 kes.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 50 kes berbanding jumlah kelmarin, 48 kes.
Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 31 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,067 kluster.
Satu kluster baharu melibatkan Kumpulan Berisiko Tinggi, Kluster Jalan Tampin Lama 2 di Seremban, Negeri Sembilan dengan 23 kes.
Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan lapan kes berbanding jumlah kelmarin, dua kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,206 kes.
Manakala, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,694 kes. – UTUSAN