Covid-19: 3,927 kes positif; 3 kluster kumpulan berisiko tinggi

Covid-19: 3,927 kes positif; 3 kluster kumpulan berisiko tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 3,927 kes berbanding kelmarin, 4,413 kes sekali gus diatasi 4,949 kes sembuh.

Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,052 kes diikuti Kuala Lumpur (981), Perak (324), Sabah (315), Pulau Pinang (232), Negeri Sembilan (231), Melaka (155), Johor (128) dan Kedah (121). 

Ini diikuti Sarawak (99), Putrajaya (96), Pahang (93), Kelantan (49), Terengganu (32), Perlis (12) dan Labuan, tujuh kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 597 orang berbanding kelmarin, 532 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 52 kes bersamaan jumlah kelmarin, 52 kes. 

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 38 kes berbanding jumlah kelmarin, 32 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiga kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 23 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,046 kluster.

Tiga kluster baharu melibatkan kumpulan berisiko tinggi iaitu Kluster Jalan Jaya 3 di Cheras, Lembah Pantai, Kepong, Titiwangsa, Kuala Lumpur dengan 13 kes; Kluster Jalan Pantai Jerejak di Barat Daya, Pulau Pinang melibatkan 11 kes dan Kluster Bukit Rasah 2 di Seremban, Negeri Sembilan dengan 14 kes.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan enam kes berbanding jumlah kelmarin, lapan kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,009 kes. 

Manakala, tiga kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,654 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya