PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan jangkitan positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,728 kes berbanding kelmarin, 4,684 kes sekali gus diatasi 3,856 kes sembuh.
Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 749 kes diikuti Kuala Lumpur (575), Sabah (265), Perak (245), Pinang Pinang (201), Negeri Sembilan (146), Johor (116), Melaka (101) dan Kedah (101).
Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Sarawak (55), Pahang (52), Kelantan (44), Terengganu (33), Putrajaya (30) manakala Perlis, sembilan kes dan Labuan, enam kes.
Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 533 orang berbanding kelmarin, 511 orang,selain kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) merekodkan 52 kes berbanding kelmarin, 56 kes.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 36 kes berbanding jumlah kelmarin, 35 kes, namun tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 23 kluster masih aktif dengan keseluruhan 7,047 kluster.
Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan enam kes berbanding jumlah kelmarin, 11 kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,026 kes, manakala tiada kes kematian dibawa ke hospital (BID) menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,655 kes. – UTUSAN