Cadang serap anggota PASPA dalam SMART 

Cadang serap anggota PASPA dalam SMART 

DR. ABD. Latiff Ahmad (dua dari kiri) hadir pada Majlis Penutupan Latihan Kemahiran PASPA di Pantai Air Papan, Mersing, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Kerajaan bercadang menyerap anggota Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) dalam Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) kerana mereka turut didedahkan dengan kepakaran yang setaraf standard antarabangsa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkata, sejak tahun 2008 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah dilatih setiap tahun secara berkala bagi meningkatkan kemahiran mereka.

“Anggota SMART ini ditubuhkan dengan tiga jabatan bomba, tentera dan polis. Dia punya perkhidmatan (anggota APM) tidak terus dalam SMART, bila habis kontrak akan balikkan semula pada perkhidmatan asal. 

“Setakat ini kita tiada masalah, saya difahamkan SMART ada lima team yang berpusat di Pulau Indah. Tetapi kalau kita hendak cadang pada kerajaan, pertama kita kena buat cadangan pada Kabinet kerana libat kewangan dan perjawatan. 

“Baru-baru ini kita dipermudahkan kerana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) faham apa yang dialami APM dengan tambah 192 perjawatan tetap dan 1,501 sedang dipohon untuk kontrak,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penutupan Latihan Kemahiran PASPA di Pantai Air Papan, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Mersing berkata, kebanyakan warga APM terdiri daripada sukarelawan, berbanding anggota kontrak dan tetap yang kini kurang daripada 4,000 orang.

Katanya, perubahan cuaca mendadak dan kejadian bencana menyebabkan APM memerlukan lebih ramai anggota yang perlu dilatih,  terutamanya sukarelawan terdiri daripada orang kampung.

“Kita galakkan mereka sebab untuk kurangkan dalam konsep pengurangan risiko bencana yang diamalkan di seluruh dunia dan sebahagian dipersetujui di peringkat antarabangsa lagi ramai masyarakat sivil yang terlibat dalam (sukarelawan) bencana lebih bagus. Jadi, tugas kerajaan adalah untuk memberi ‘leadership’ kepada mereka.

“Apabila buat memorandum kepada Kabinet, kita akan menilai kekuatan berapa ramai boleh serapkan.

“Perkara ini bergantung juga dengan kekerapan latihan, keadaan, perjawatan dan kesediaan kerajaan untuk sediakan kakitangan yang terlatih,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya