Cabaran Trans Naning Ultra NS bakal bertaraf antarabangsa

Cabaran Trans Naning Ultra NS bakal bertaraf antarabangsa

AMINUDDIN Harun (baris belakang, tengah) bergambar bersama pemenang Cabaran Trans Naning NS 2022 di Tampin hari ini. -UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Cabaran Trans Naning Ultra NS 2022 yang julung-julung kali diadakan berjaya menarik penyertaan 436 peserta termasuk 20 peserta dari luar negara.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pertandingan selama tiga hari itu bakal diadakan secara dwitahunan selepas ini dan seterusnya menjadi program bertaraf antarabangsa.

Menurutnya, program berkenaan juga akan menjadi produk pelancongan sukan di negeri ini.

“Laluan pendakian ini menempuh tujuh puncak gunung di atas Banjaran Titiwangsa. Puncak-puncak tersebut adalah Gunung Datuk, Y Junction, Puncak Rembau, Puncak 70 Kem Ultra, Puncak 705, Puncak Tampin Utara dan Puncak Tampin Selatan.

“Keunikan Trans Naning berbanding dengan pendakian yang lain, ia merupakan denai ultra yang paling mencabar di Malaysia daripada segi penjarakan dan ketinggian serta berada di atas banjaran terpanjang di Malaysia dan Tampin merupakan titik penghujung banjaran tersebut secara geografinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Cabaran Trans Naning Ultra NS 2022 di sini hari ini.

Aminuddin berkata, acara yang mencabar kekuatan fizikal itu dianjurkan oleh pihak Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dan Majlis Daerah Tampin dan terbahagi kepada lima kategori iaitu Legend , Elite, Challenger, Ultra dan Classic

Jelasnya, kategori-kategori tersebut diukur mengikut perbezaan penjarakan laluan, ketinggian puncak dari aras bumi dan had masa yang ditetapkan. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya