CAAM siasat pesawat ringan terhempas

CAAM siasat pesawat ringan terhempas

KERATAN laporan Utusan Online.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menjalankan siasatan lanjut berhubung kemalangan melibatkan sebuah pesawat yang sedang menjalani latihan penerbangan di Sungai Pinji, berdekatan Medan Gopeng, Ipoh, Perak, malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kapten Chester Voo berkata, siasatan itu dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Menurut beliau, pihaknya mengesahkan insiden itu berlaku selepas pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.

“Menara Kawalan Trafik Udara CAAM Ipoh menerima panggilan kecemasan pada pukul 8:07 malam.

“Jenis pesawat yang terlibat adalah Piper 28-161, pendaftaran 9M-BAA berkenaan dikendalikan oleh BATS Aviation Sdn. Bhd.,” katanya dalam kenyataan.

Seorang juruterbang disahkan maut dalam insiden berkenaan manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah dan sedang menerima bantuan perubatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya