Buruh ladang kelapa sawit mengaku salah rasuah polis

Buruh ladang kelapa sawit mengaku salah rasuah polis

RADZALI Bahari (tengah) yang dituduh memberi rasuah kepada polis dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang buruh ladang kelapa sawit mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan cuba memberi rasuah sebanyak RM200 kepada seorang anggota polis di Kampung Ayer Puteh, Kemaman, dekat sini, bulan lalu.

Tertuduh, Radzali Bahari, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan  di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Mengikut kertas pertuduhan, Radzali didakwa secara rasuah memberi satu suapan wang tunai RM200 kepada anggota polis berpangkat lans koperal yang bertugas di Balai Polis Ayer Puteh, Kemaman ketika ditahan pada pukul 4 petang, 12 Julai lalu.

Perbuatan itu dilakukan sebagai dorongan supaya tidak ditangkap untuk dijalankan ujian saringan awal air kencing.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 14 hari dari tarikh jatuh hukuman dan denda RM10,000 yang mana sekiranya gagal membayar denda tersebut akan dihukum penjara 10 bulan.

Mahkamah turut melucut hak wang rasuah RM200 kepada kerajaan bawah Seksyen 40(1)(a) Akta Suruhanraja Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Farah Yasmin Salleh manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya